MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2021

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

⛺🏕️🥇🥈🥉🏕️⛺

📣📣 Berikut adalah merupakan pautan video Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Perkhemahan Unit Beruniform SK Bangi 2021. Turut disenaraikan pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan (Ogos-November).

Tahniah kepada semua pemenang!

PROGRAM PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI

ENGLISH MONTH CLOSING CEREMONY 2021

🌈Assalammualaikum and good day.
The end has come for our ‘ENGLISH MONTH 2021’
🌹'Thank you’ dear teachers , parents and children of SK Bangi for all your support towards the programme.
🌹SK BANGI English Panel proudly presents to you 'ENGLISH MONTH CLOSING CEREMONY’.
Congratulations to all the winners!!!

PROJEK KONGSI REZEKI@BPiS

PROJEK KASEH4U@SK Bangi

20. Jun, 2021

1. Bantuan Pek Barangan Dapur, Bangi Lama dan sekitar. Seramai 10 buah keluarga mendapat manfaat. Alhamdullillah.

2. Projek KASEH4U@SK Bangi ( SK BANGI - RASMI). Aktiviti migguan setiap Ahad. Memberi 100 pek makanan yang telah dimasak kepada murid dan keluarga yang terjejas dengan pandemik Covid 19. 20 pek untuk sukarelawan dan lain. Alhamdullillah.

3. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemberi dan penerima sumbangan, sukarelawan Projek KASEH4U serta keluarga masing- masing. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

4. Ucapan terima kasih juga kepada Guru Besar SK Bangi, Pn Puan Nora Binti Hussein dan Penolong Kanan HEM, En Md Saberi Bin Md Kasim kerana menyokong aktiviti Projek KASEH4U@ SK Bangi.

5. Semoga semua sentiasa berada dalam rahmat dan berkat Allah SWT,diberi taufik dan hidayah, diberi kesihatan yang baik serta dijauhkan daripada wabak di sekeliling kita.

BACAAN SURAH AL-KAHFI OLEH USTAZ MOHD MUFTI FURQAN BIN MOHAMMAD

Bacaan Surah Al Kahfi Peringkat SK Bangi

Tarikh: 11 Jun 2021
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 pagi
Link FB Live: https://fb.watch/62mGm5K7D2/
Oleh Ustaz Mohd Mufti Furqan bin Mohammad

🌹Kerjasama Unit Kurikulum Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Bangi

PROGRAM PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI

Butiran program seperti dibawah :

*27 Mac 2021 (Sabtu)*
*8.30 pagi - 1.00 petang*

Anda boleh untuk pilih lokasi yang dekat dengan rumah anda!

Pilihan lokasi :

1. SK Bangi, Pekan Bangi

2. Masjid Kariah Kg Bangi

3. Surau Ar Rahman, Taman Impian Putra

4. Surau Ar Raudhah, Taman Bangi Villa ( Hanya untuk penduduk Bangi Villa, Taman Bangi Ria, Idaman Bangi dan Kampung Bangi Sahaja)

KLIK SINI untuk info lanjut.

 

NOTIS PEMBERITAHUAN UJIAN SUMATIF 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibubapa dan penjaga.

❤️Selamat kembali ke sekolah bagi murid-murid SK Bangi.

Berikut adalah Pelan Laluan Sehala bagi Jalan Aman 10 di hadapan *Sekolah Kebangsaan Bangi*.

🚍Laluan sehala ini dibuat untuk membantu kelancaran trafik pada waktu sibuk dan juga keselamatan anak anak kita.

🚓Oleh itu diharapkan kerjasama daripada semua pihak terutamanya yang menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah agar dapat mematuhi dan mengambil peranan masing-masing dalam menjayakan pelaksanaan pelan ini.

MAKLUMAN LALUAN SEHALA DI HADAPAN SK BANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibubapa dan penjaga.

❤️Selamat kembali ke sekolah bagi murid-murid SK Bangi.

Berikut adalah Pelan Laluan Sehala bagi Jalan Aman 10 di hadapan *Sekolah Kebangsaan Bangi*.

🚍Laluan sehala ini dibuat untuk membantu kelancaran trafik pada waktu sibuk dan juga keselamatan anak anak kita.

🚓Oleh itu diharapkan kerjasama daripada semua pihak terutamanya yang menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah agar dapat mematuhi dan mengambil peranan masing-masing dalam menjayakan pelaksanaan pelan ini.

HARI PERTAMA PRASEKOLAH SK BANGI

HARI PERTAMA PPKI SK BANGI

PEMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2022

Permohonan secara dalam talian dan manual dibuka dari 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021.

Sila isi borang permohonan atas talian di link berikut:

http://eprasekolah.moe.gov.my

Borang permohonan berserta dokumen berkaitan perlu di hantar ke sekolah selewatnya 31 Mei 2021.

Sebarang pertanyaan sila rujuk sekolah yang dimohon.

Sekian, terima kasih.

TAKLIMAT SOP PEMBUKAAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kita menangani pandemik Covid19, SOP merupakan suatu langkah yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Pihak sekolah juga, telah berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak anak kita dengan membuat pelaksanaan SOP di peringkat sekolah.

Berikut adalah video untuk menerangkan tentang SOP pembukaan sekolah, bagi menggantikan taklimat secara bersemuka dengan ibubapa dalam mematuhi SOP daripada MKN.

25. Feb, 2021

AGIHAN PAKAIAN SEKOLAH TERPAKAI

PROGRAM PRAY HEART TEAM

Sesi persekolahan akan dibuka.
Anak-anak belum ada pakaian seragam sekolah.
Tidak perlu risau, kami ada pakaian seragam sekolah terpakai untuk diberikan kepada anak-anak.
Tidak baru tetapi masih elok dan kemas.
Kami akan ada di:-

Dewan SK Bangi pada 24 Feb - 28 Feb 2021 (Rabu-Ahad) dari jam 9.00 pg - 12 tengahari.

S. O. P

✔️ Pakai Facemask
✔️ Daftar di Pondok Keselamatan
✔️ Periksa suhu
✔️ First come first serve
✔️ Pastikan saiz & ukuran anak-anak. Ada saiz, ambil & balik
Tidak dibenarkan fitting

Hanya 2 orang dibenarkan dalam satu-satu masa

Untuk maklumat Lanjut :-

En Man (011 2125 4902)
Pn. Sheila (017 679 8779)
Ustazah Misiah (019 221 1112)

25. Feb, 2021

PEMAKLUMAN TARIKH PEMBUKAAN UJIAN SARINGAN UKM 1 BAGI PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT TAHUN 2021

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya dipanjangkan surat berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Makluman lanjut sila layari pautan;
http://ukm1.permatapintar.edu.my/

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

*Pusat GENIUS@Pintar, UKM*

*_Nota:_*
Program ini bertujuan untuk mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Islam Malaysia-USIM

Ujian terbuka ini boleh diambil mulai *1 Februari hingga 31 Mei* setiap tahun.

Segala kerjasama daripada pihak tuan diucapkan terima kasih.

BICARA KALAMULLAH

Anjuran Unit Kurikulum Dan Panitia Pendidikan Islam

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SK BANGI 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pihak sekolah mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua Pengawas Sekolah Kebangsaan Bangi sesi 2021.

Dengan ini, pihak sekolah dengan bangganya menyerahkan tanggungjawab yang diamanahkan untuk dilaksana dengan sebaiknya.

Sehubungan itu, marilah sama-sama kita menonton video melalui pautan di bawah bagi meraikan semua murid yang terlibat.

https://youtu.be/fqPplPOazCo

Unit Pengawas
Hal Ehwal Murid SK Bangi

19. Jan, 2021

INFO PEMULANGAN DAN PENERIMAAN BUKU SPBT 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada para Ibu bapa, penjaga dan murid2 SK Bangi berkaitan Buku- Teks SPBT.

*Tatacara Pemulangan dan Penerimaan buku teks 2021:*

• Ibubapa/Penjaga/ wakil *SEORANG* sahaja masuk mengikut pintu pagar D.
• Mohon mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
• Pastikan buku lengkap mengikut jumlah yang betul dan *diikat*.
• Pulangkan buku dalam keadaan baik. Jika rosak, buku perlu dibaiki.
• Sebarang gantian buku hendaklah diganti dengan buku.(kecuali tahun 5, 2020)

*Tips penjagaan buku*

• Murid perlu membalut menggunakan pembalut lutsinar( tidak boleh menggunakan pembalut sediada gam)
• Tulis Nama di belakang buku teks.
• Tidak meletakkan buku di merata-rata tempat
• Tidak memberikan buku kepada orang lain
• Elakkan buku dari terkena air dan tempat yang mudah ada anai2.
• Jangan simpan buku di tempat yang lembap
• Buku kita, tanggung jawab kita. Jaga buku dengan baik.


Sekian, terima kasih
Guru Besar
SK Bangi
Unit HEM SPBT

UCAPAN GURU BESAR SK BANGI SEMPENA PELANCARAN PROGRAM NILAM 2021

TAKLIMAT PROGRAM NILAM 2021

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua murid dan ibu bapa SK Bangi.

Mulai tahun ini, semua murid dikehendaki merekodkan maklumat bahan bacaan melalui program NILAM dalam sistem IQ-NILAM bermula 4 Januari 2021.

Sistem ini boleh diakses melalui laman sesawang http://iqnilam.moe.gov.my/ dengan menggunakan Id DELIMa murid.

Berikut disertakan tutorial video cara perekodan bahan bacaan dalam talian.
https://youtu.be/KV15ZtZE2cA

Dengan adanya sistem ini, murid boleh merekodkan hasil bacaan mereka dengan mudah dan di mana sahaja berada.

Namun, saya mohon buku NILAM sedia ada disimpan dengan baik dan cermat untuk rujukan masa akan datang sekiranya perlu.

Boleh berhubung terus dengan Cikgu Noorshazrina, Guru Perpustakaan & Media untuk sebarang pertanyaan mengenai sistem ini. Terima kasih.

Pusat Sumber SK Bangi 2021

UCAPAN GURU BESAR SK BANGI SEMPENA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2021

UCAPAN GURU BESAR SK BANGI SEMPENA PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN KHAS 2021